BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 27, 2010

Pelita dan Teko

Salam.Late evening entry ni.Kombinasi 2 items yang menjadi buruan ramai peminat porselin pinggan mangkuk.Teko dan pelita.Teko kali ni dari jenama tersohor DUMEX.Tapi saya hingga kini tertanya -tanya juga kenapa barangan DUMEX ni kurang mendapat sambutan di kalangan kaum ibu tapi lebih menarik perhatian kaum bapa.Mengapa ya? items DUMEX yang pernah saya jual sebelum ini pun semuanya buyer lelaki.Harap kali ni ada kaum ibu berkenan dengan teko DUMEX yang bulat debab serta cun ni.Jom lihat

condition baik.logo merah .
Next on the cards ialah pelita.Popular dengan kaum bapa dan juga kaum ibu.very nice to display.

tinggi 7 inci(termasuk cimeni).Condition baik dan unused.
Alright.Kalau ada sesiapa berkenan dengan items hari ini pls dial 017-5232979.tq.
                       

Saturday, June 26, 2010

Nombor Umah Berapa Ya?

Salam .Hari ni nak share 2 jenis number "plate" untuk rumah pada satu ketika dulu.Jenis pertama( no.13 dalam gambar) tu di perbuat dari "cast iron".Selain untuk rumah jenis "cast iron" juga telah digunakan untuk nomber plate basikal dan beca.
     Jenis kedua ialah jenis "enamel"/porselin.( no.100 dalam gambar).Juga popular sebagai nombor plate beca dan untuk signage/papan iklan lama.circa 1900-1920s.
     Hari ni entry pendek juga koz nak layan tidor dulu.Pukul 2.30 ada game USA lwn Ghana.
Adios my frens.gudnite.

p/s kedua -dua nombor plate tu lagi cantik kalau di bersihkan.nampak klasik bila kita display.

Friday, June 25, 2010

Boleh Campur!

Salam.Late post today koz dok layan demam bola sepak piala dunia yang melanda.Ni pun balik dari tengok bola dgn member.Meriah sikit tengok ramai-ramai.Apa-apa pun kita layan pinggan mangkuk plak.jom kita lihat apa yang ada.


Cawan mulut jahat/lebar- ada sepasang aje( rose hijau).condition baik.

twin roses-3 pcs(6, 7 dan 9 inci)
ok.thats it.0175232979 for info/booking.

Thursday, June 24, 2010

Its been 2 weeks!

Salam.Dah lama tak bersua ni.Udah 2 minggu  juga tak update blog.Bukan aper.musim cuti sekolah so time  nak bawa famili jalan-jalan cari makan.Rasanya ramai rakan blogger pun sepertiku jua.Cuti-cuti malaysia boleh lah katakan!.Selain bercuti, reunion geng bas sekolah juga berlangsung minggu lepas.Memang best!
 Anyway, dalam masa becuti sudah pasti "GPRS" juga aktif meninjau lokasi untuk "korek".Ada ler juga sedikit hasil.So untuk entri sulung selepas menghilang selama 2 minggu, terimalah beberapa item seadanya.View please!

Teko pink and yellow rose.Condition baik.
BOOKED!


JG meakin cornflower centenary(1851-1951) issue -ada 2 pcs.condition seperti dalam gambar.tak sumbing tapi ada sedikit stain seperti dalam gambar.

teaspoon perkhawinan lady diana dan putera charles 1981.condition seperti dalam gambar.
alrite.thatas about it.0175232979.number to dial.
 

Wednesday, June 9, 2010

Hasil"korek" ari ni.

salam.Hari ni pi "korek" kat satu lokasi baru selepas dapat "tip off" dari rakan kopi radix saya.Mula-mula quite sceptical ler juga sebab owner tak berapa friendly.But then life is a challange kan, so redah ajer ler.Hasilnya kira ok juga.Mari kita lihat.

cawan mulut jahat/lebar,kedua-dua jenis cawan tu takde piring, jenis bunga sabun dan satu lagi bunga ros(i dont know!)

mug dumex ada sepasang, bahagian depan ada tertulis Do not disturb! dan pada pemegang DUMEX.keadaan baik.
ok.short entry aje.pic item lain saya post next n3.hari ni tak dan.ada kerja sikit nak beres.ok.apa-apa hal
017-5232979 is my contact number.tq.
                                  

Monday, June 7, 2010

Unused old stock.

salam.outstation sebenarnya.but cilok sekejap nak upload item koz dah beberapa hari tak update blog.For sale set 6 cawan dan 6 piring stok lama yang belum pernah pakai lagi.condition baik.Ada motif bunga di bahagian kiri, kanan dan juga bahagian dalam cawan.bunga pun nampak besar dan terang.Made in china set.


ok.thats about it.017-5232979.
SOLD!

Wednesday, June 2, 2010

Reissue

Salam.Hari in nak upload items yang pernah di upload sebelum ini.Ulang tayang le kiranya.Maybe dulu tak berapa menarik di  mata dan hati rakan collector.Kali ni mungkin ada kot yang berminat.Harap gitu ler.Lets view.

3 pasang cawan mulut lebar/jahat bunga kangkung.keadaan baik.
ALL SOLD


Creamer 3 serangkai- yang tengah tu Made in England-Alfred Clough, depan tu old school made in Japan dan di belakang England mari tu Made in japan juga.Ketiga-tiga dalam keadaan baik.
Ok.017-5232979 untuk info dan booking.
                                  

Tuesday, June 1, 2010

Made In England

Salam.Hari ini nak upload item yang ENGLAND mari.Kalau dikalangan penjual di flea market atau runner, barang yang made in england tetap menjadi tarikan dan mendapat permintaan tinggi dari rakan collector.kenapa ya? subjektif sikit isu ini, terpulang pada masing-masing punya citarasa dan minat.betul tak?
anyway mari kita lihat itemnya.
Sugarpot dengan tulisan embossed made in england.bahagian depan dan belakang ada gambar pemandangan countryside dengan 2 orang lelaki atas jambatan sedang memancing, ada swan dalam sungai dan ada gambar wanita sedang meniup seruling di tepi sungai.keadaan agak baik, cuma ada satu chip kecil pada bahagian atas/belakang  sugarpot tapi tak begitu jelas kelihatan kerana  kombinasi warna hijau dan putih sugarpot .

SOLD
Walaupun tajuk made in england, nak celah sikit dan upload  item made in china
 juga.Bunga popular, bunga kangkung, ada dua pasang cawan dan piring yang berlainan pattern.kalau ada sesiapa yang tak cukup set boleh lah lengkapkan kali ini.keadaan baik.takde chip/sumbing.
Orait.017-5232979.info.booking.